disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 23 Jun 2020

Koleksi Hadith - Calon Penghuni Kubur

Solat subuh 23 Jun 2020
Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata; Rasulullah SAW pernah memegang sebahagian daripada tubuhku seraya bersabda: "Wahai Abdullah, jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara, dan persiapkanlah dirimu sebagai calon penghuni kubur." 

(Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 2333, Ibn Majah, No: 4114, Ahmad, No: 4865)


Matan Hadith:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِبَعْضِ جَسَدِي فَقَالَ: يَا عَبْدَ اللَّهِ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَعُدَّ نَفْسَكَ فِي أَهْلِ القُبُورِ


Pengajaran Hadith:
  1. Allah SWT bersifat Ar-Rahman (Maha Pengasih). Maha Pengasihnya Allah SWT menyeluruh kepada semua hamba-Nya di atas dunia ini. Manakala di akhirat kelak Allah SWT bersifat Ar-Rahim (Maha Penyayang), hanya akan memberikan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dengan balasan syurga.
  2. Dunia adalah tempat persinggahan dalam perjalanan menuju akhirat. Ianya bersifat sementara dan terlalu singkat sehingga kesempatan dan peluang yang ada tidak boleh ditangguh-tangguhkan. Ketika sihat sebelum datangnya sakit dan waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk, perlu direbut untuk melakukan amal ibadah serta ketaatan sebelum datangnya ajal.
  3. Akhirat pula adalah tempat pembalasan atas setiap amal yang dilakukan di dunia. Oleh itu, lakukanlah persiapan dengan sebaik-baiknya. Bagi mendapatkan kebaikan dalam beramal, seseorang itu hendaklah menganggap diri seperti orang yang sudah mati, tiada lagi cinta kepada dunia bahkan cinta dan rindunya hanya untuk kembali ke akhirat, negeri asalnya yang kekal abadi.

Sumber: Koleksi Hadith 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.