disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 18 Jun 2020

Semua Masjid Di Kelantan Dibenar Beroperasi Dengan Kapasiti Penuh Bermula Esok, 19 Jun 2020.


Syukur ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ dengan perkenan Tuanku Al-Sultan, bermula esok rakyat Kelantan boleh kembali mengimarahkan masjid setelah beberapa bulan dihentikan disebabkan Covid-19 yang melanda negara.

Semua masjid di Kelantan dibenar beroperasi dengan kapasiti penuh bermula esok, namun dengan syarat perlu patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Berikut adalah mesej dalam grup whatsapp masjid dari Setiausaha Qariah Masjid Mukim padang Enggang, Tuan Haji Ruzaidi Ismail tentang beberapa isu yang berkaitan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi:
  1. Umur lebih 70 tahun dibenarkan hadir KECUALI yg menghidap penyakit kronik.
  2. Kanak-kanak bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan hadir (bukan 12 tahun)
  3. Kapasiti dalam masjid dan anjung ialah 274 makmum.
  4. Selebih daripada bilangan tersebut dibenarkan solat di perkarangan masjid dengan penjarakan sosial yang sama.
  5. Nama berdaftar adalah 10 org bagi setiap madrasah dalam mukim
  6. Walau bagaimanapun kita mengikut konsep siapa cepat, dapat tempat.
  7. Masjid dibuka jam 12 tengahari, jemaah diharap memberi kerjasama kapada petugas apabila sampai untuk memenuhi ruangan dan juga sebelum pulang.
  8. Jemaah diminta membawa sejadah masing-masing dan dinasihatkan memakai pelitup hidung dan mulut.
  9. Semua jemaah mesti memeriksa suhu badan dan menulis nama, no kad pengenalan, no telefon dan bacaan suhu dalam buku daftar yang disediakan. Suhu melebihi 37.4 C, tidak dibenarkan masuk.
  10. Solat sunat ba'diyah tidak dibenarkan.
  11. Jemaah hendaklah berwudhu di rumah. membaharui wudhu di masjid dibenarkan.
  12. Sila letak kenderaan di tempat sesuai. Perkarangan masjid sekitar Wakaf Ilmu kemungkinan besar dijadikan ruang solat.



Kredit: Buletin TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.