السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sumbangan wakaf tunai masih diperlukan untuk membiayai
kos pembinaan Tapak Parkir Masjid Mukim Padang Enggang. Sehingga kini, JK Tapak
Parkir hanya berjaya mengumpul kira-kira RM50,000 menerusi sumbangan orang
ramai, namun ia masih belum mencukupi untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan
projek tersebut disiapkan dalam masa terdekat.
Dalam keghairahan kita mengejar harta sehingga terlupa
untuk menggunakan sebahagiannya sebagai saham di akhirat kelak. Apa yang pasti,
segala harta dunia yang kita miliki ini belum tentu menjadi milik kita.
Pemilikan harta dan wang yang banyak
tidak semestinya dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi
kebahagiaan di akhirat. Bagaimanapun, setiap sen atau harta diinfakkan itu
pasti akan menjadi pelaburan di akhirat kelak. Orang yang sentiasa bersedekah
akan mendapat naungan pada hari akhirat kelak. Oleh itu ambillah peluang ini
untuk turut sama bersedekah.
Bila kita hendak bersedekah, jangan ditunggu kita sampai kita punyai harta yang banyak, kerana harta yang banyak kadang-kadang membuat hati kita jadi lalai dan terlalu sayang untuk infaq kejalan Allah. Berkongsilah rezeki dan sentiasalah bersedekah... harta tidak akan berkurang malah makin bertambah.
Bersyukur dan perhatikan, betapa banyaknya nikmat Allah SWT yang telah dianugerahkan kepada kita.... seperti nikmat kesihatan, umur, rezeki, harta kekayaan, kebahagiaan, keselamatan, keamanan dan lain-lain. Allah SWT memberikan nikmat-nikmat tersebut adalah dengan kehendaknya. Dia tidak pernah mensia-siakan hamba-Nya terutama sekali bila hamba-Nya sentiasa mensyukuri segala nikmat tersebut, malahan nikmat-nikmat itu akan bertambah, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Saba ayat 39:
Yang bermaksud:
"...dan apa sahaja yang kamu belanjakan untuk kebaikan maka Allah akan menggantikannya Dialah sebaik-baik pemberi rezeki".
والله أعلمُ بالـصـواب
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.