disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 20 Januari 2023

Harian Metro: Derma Darah 166 Kali Sejak 1997.

Disiarkan pada: Januari 17, 2022 @ 7:54am

Kota Bharu: Tragedi kemalangan 25 tahun lalu sehingga mengakibatkan sahabatnya parah serta memerlukan darah mendorong Ibrahim Mat Taib, 53, untuk terus aktif menderma darah sehingga kini. 

Menurut Ibrahim, sejak kejadian pada 1997 itu, dia menjadi penderma darah yang tegar sehingga ke hari ini dan sudah menderma sebanyak 166 kali. 

Ia dilakukan secara sukarela, bukannya disebabkan 'mengejar' anugerah atau penghargaan daripada sesiapa. 

Katanya, kesedaran untuknya menderma darah tercetus apabila sahabatnya, Wan Zulkifli Wan Kassim terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggang lelaki itu dilanggar sebuah kereta. 

"Pada masa itu, sahabat saya parah anggota badan dan kehilangan banyak darah. Doktor memberitahu memerlukan bekalan darah kerana sahabat saya banyak kehilangan darah dan kebetulan pada waktu itu, kekurangan stok darah. 

"Itulah kali pertama saya menyumbangkan darah demi menyelamatkan sahabat yang sedang bertarung nyawa antara hidup atau mati. 

"Selepas itu, keinginan saya untuk menderma darah membuak-buak dan menyasarkan untuk menderma darah darah sebanyak 200 kali sebelum berusia 58 tahun," katanya ketika ditemui di Program Jom Derma Darah di Kota Bharu, di sini, baru-baru ini.Pemilik darah jenis O ini berkata, untuk memastikan sumbangannya itu berterusan, dua kali dalam tempoh sebulan, dia akan datang ke hospital untuk menderma darah atau menghadiri kempen derma darah dianjurkan di sekitar Kota Bharu. 

"Kadang-kadang kalau tidak pergi menderma darah, saya berasa seolah-olah berhutang, tidak selesa dan seperti 'ketagih' untuk menderma darah. 

"Biarpun saya kini sudah berusia, namun berkat aktiviti menderma darah secara berkala membuatkan saya tidak menghidapi penyakit kronik. 

"Saya diberikan kesihatan yang baik setakat ini dan bersyukur berpeluang memberikan bakti kepada mereka yang memerlukan darah kerana satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa dengan izin Allah.

 "Alhamdulillah, dengan sedikit bakti ini saya membantu menyelamatkan nyawa mereka yang amat memerlukan darah seperti mangsa kemalangan, wanita bersalin dan dalam masa sama plasma darah yang didermakan juga dapat menyelamatkan mangsa kebakaran, pesakit Covid-19 dan talasemia," katanya.


Harian Metro: Derma darah 166 kali sejak 1997.

Malay Mail: Kelantan man who has donated blood 166times encourages Malaysians to follow suit to save lives



 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.