السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
Adalah dimaklumkan bahawa saudara Md Hashim Deris @pokcik sin, sedang dirawat di Hospital USM untuk mendapat rawatan ketumbuhan dalam perut.
Beliau ditempatkan di wad 2 Intan dan dijadualkan akan menjalani pembedahan pada hari ahad ni, 5 Mac 2023.
Saya dan semua ahli keluarga mendoakan moga Pokcik Sin diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan perawatan, diberi ketabahan dan kekuatan semangat oleh Allah SWT.
Saya juga mohon sahabat-sahabat semua mendoakan urusan
pembedahan Pokcik sin berjalan lancar dan dipermudahkan.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لاَ شَافِىَ إِلاَّ أَنْتَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
“Ya Allah,
Ya Tuhan sekalian manusia,
Hilangkanlah penyakitnya,
Sembuhkanlah dia.
(Hanya) Engkaulah yang dapat menyembuhkannya,
Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan
daripadaMu,
Kesembuhan yang tidak berulang."
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Terima kasih kepada semua. Semoga Allah S.W.T memakbulkan dan perkenan doa dari sahabat-sahabat semua.
Ikhlas dari admin,
imarah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.