disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 19 Januari 2024

Surat Tawaran Haji (Musim 1445H / 2024M) Dikeluarkan Hari Ini 19 Januari 2024.

 

Lembaga Tabung Haji (TH) mula mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji bagi tahun 1445H/2024M pada hari ini. 

Sebaik sahaja menerima surat tawaran haji, mereka perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI.

TH telah mengumumkan kadar Bayaran Haji bagi musim haji 1445H/2024M: 

 1.⁠ ⁠Kos Haji tahun ini adalah RM33,300. Meningkat 11% (RM2,500) dari tahun lepas. 

 2.⁠ ⁠Bayaran Harga Haji Muassasah 

  • B40 (first time pergi haji) : RM12,356
  • M40 : RM14,148
  • T20 : full RM33,300 

Kerajaan tanggung RM1k seorang untuk B40. Manakala TH tanggung baki kos haji bagi B40 dan M40. 

Bantuan Haji B40: RM20,944 (63% dari kos haji)

Bantuan Haji M40: RM19,152 (42% dari kos haji) 

 3.⁠ ⁠Jemaah yang dapat tawaran haji perlu jawab surat tawaran segera melalui Aplikasi THiJARI. Sebelum Rayuan dibuka. 

 4.⁠ ⁠Kos Rayuan Haji luar giliran?

Jemaah yang MERAYU perlu bayar full kos haji RM33,300. 

Kecuali:

•⁠  Rayuan Mahram.

•⁠  ⁠Rayuan Pembantu Jemaah Usia Lanjut.

•⁠  Rayuan bawa jemaah OKU. 

 5.⁠ ⁠RAYUAN HAJI 2024 akan dibuka pada 26/1/2024 (Jumaat minggu depan) secara ONLINE melalui Apps THiJARI.

 6.⁠ ⁠Panggilan Haji tahun 2024 ini akan utamakan bakal haji yang masih lagi berbaki (Covid) sehingga tahun 2023 dan sebahagian giliran haji 2024. TH maklumkan ada 4 juta pendeposit TH dan yang telah berdaftar untuk tunaikan haji yang masih menunggu giliran haji.


TABUNG HAJI - SIARAN AKHBAR



Kredit: Tabung Haji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.