Assalamualaikum wbt.
Masjid Mukim Padang Enggang akan menganjurkan Majlis Iftar
Ramadhan & Tadarus AL-Quran sebagaimana ketetapan berikut:
📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 14 Mac 2024
(Khamis)
🕓 𝗠𝗮𝘀𝗮: 6.00 ptg
sehingga solat maghrib berjemaah.
📍𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁:
Masjid Mukim Padang Enggang.
Jom kita sama-sama berbuka Puasa bersama mantan Menteri Besar Kelantan, Dato
Ahmad Bin Yakob.
Kami mengalu-alukan kedatangan semua warga Mukim Padang Enggang untuk turut hadir memeriahkan sambutan Ramadan kali ini.
Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun ini 2024M /1445H telah melancarkan Teks Tadarus Al-Quran yang telah menjadi agenda utama setiap kali tibanya Ramadhan. Tadarus pada tahun ini memfokuskan petikan ayat daripada surah Ali Imran ayat 75 hingga 80.
Pada bulan yang mulia ini, sama-sama kita rebut peluang untuk menambahkan amalan ibadat sebanyak mungkin. Jangan sia-siakan bulan Ramadhan kali ini kerana kita belum tentu akan bertemu Ramadan lagi pada tahun akan datang.
Ramadhan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat, dan keampunan. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan upaya kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh umat Muslim dimana saja mereka berada.
Sekian, Salam Ramadhan al-Mubarak.
Pautan berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.