disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 18 Jun 2024

Tuan Guru Haji Yusuf Bin Ismail, Pondok Tunjong ( 1964 - Kini )


Tuan Guru Haji Yusuf Bin Ismail yakni mudir Pondok Tunjong dilahirkan pada tanggal 3 Feb 1964 di Kampung Derdap, Limbat, Kota Bharu.

Pada awalnya beliau belajar di Pondok Pasir Tumboh, berguru dengan Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz. Setelah itu melanjutkan pengajian ke Pondok Sekam, Patani bertalaqqi dengan Tuan Guru Ayah Dir dan akhirnya memondok di Pondok Bendang Badam, dibawah didikan Sibawaeh Fathani Tuan Guru Baba Abdullah Sarah al-Jarumi.

Setelah tamat menuntut ilmu, beliau mula mengajar masyarakat setempat dan akhirnya dilantik sebagai mudir di Pondok Tunjong, Jalan Kuala Krai.

Pondok al-Fununiah al-Ghazaliah atau terkenal dengan panggilan Pondok Tunjong ini telah diasaskan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali Bin Abdullah pada tahun 1974 dan terletak di Kampung Tunjung, Jalan Kuala Krai. Jaraknya adalah lebih kurang 7 kilometer dari Bandar Kota Bharu dan merupakan sebuah pondok yang paling hampir dengan Bandar.

Setelah al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali Bin Abdullah meninggal dunia pada tahuj 2002, pentadbiran madrasah ini diambil alih oleh Ahli Jawatankuasa Madrasah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Abdul Ghani Bin Ismail (menantu Tuan Guru) dan kini diambil alih oleh Tuan Guru Haji Yusuf Bin Ismail.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Aamiin.


 Kredit: Tengku Yusuff

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.