disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 3 Januari 2025

Rumah Pusaka Peninggalan Ayahanda & Bonda Kami.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rumah peninggalan ayahanda dan bonda kami yang tercinta, dimana kami adik beradik dilahirkan dan dibesarkan. Dibina dalam tahun 1956 di Kampung Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Kelantan. Rumah pusaka yang usianya sudah mencecah 70 tahun sehingga kini, masih utuh dan selamat untuk diduduki.

Bahagian-bahagian utama termasuk tiang, dinding masih dikekalkan kecuali bumbung yang dulu beratapkan singgora telah digantikan kepada atap asbestos (ardex). Ini disebabkan kerap berlaku kebocoran bila hujan lebat.

Masa pembahagian pusaka, rumah tersebut telah diberikan kepada adik perempuan kami. Rumah tersebut dibaiki pada bahagian yang rosak dan disewakan pada kadar harga yang berpatutan dengan mengambil kira penyewa adalah anak kepada jiran sebelah rumah. 

Langkah tersebut adalah keputusan yang tepat. Rumah lama kalau dibiarkan kosong cepat rusak kerana kurangnya perawatan, kelembaban tinggi menjadikannya tempat tumpuan haiwan dan serangga perosak serta risiko pencurian dan vandalisma.
























 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.