disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 26 Februari 2025

KETETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH DAN KADAR NISAB ZAKAT HARTA NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 1446H/2025M

YANG BERHORMAT MULIA 
TENGKU TAN SRI DATO’ HAJI 
MOHAMAD RIZAM BIN TENGKU 
ABDUL AZIZ

YANG DIPERTUA MAJLIS 
AGAMA ISLAM DAN ADAT 
ISTIADAT MELAYU 
KELANTAN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun ini sebanyak RM8.00.

Yang Dipertuanya Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Abdul Aziz mengumumkan perkara berkenaan dalam kenyataan media bertarikh 26 Februari 2025M.

Beliau berkata individu boleh membuat bayaran RM14.00 atau RM21.00 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan. Jumlah ketetapan zakat fitrah itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Kadar nisab zakat harta pula ialah sebanyak RM29,376.00 untuk haul antara Ramadan tahun 1446H hingga Ramadan tahun 1447H.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.