Tarikh hari pertama Ramadan atau Puasa 2025 akan ditentukan
selepas melihat anak bulan Ramadan pada petang 28 Februari ini, bersamaan 29
Syaaban 1446H.
Ramadan Bulan Ibadah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ
الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila bulan Ramadan tiba, maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan."
(HR Muslim No: 1793)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para
sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:
- Ramadan adalah bulan istimewa yang dianugerahkan kepada umat Islam. Selain diwajibkan ibadah puasa juga dianugerahkan pelbagai ganjaran yang besar.
- Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir dan doa).
- Bulan Ramadan adalah waktu yang penuh rahmat, keberkatan, dan kesempatan yang luar biasa untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pintu syurga dibuka seluasnya, dan Allah memberi peluang kepada umat Islam untuk meningkatkan amalan mereka. Masa yang sangat istimewa, dan setiap Muslim harus memanfaatkan kesempatan ini sebaik-baiknya untuk memperbanyakkan ibadah dan amal soleh. Menyediakan diri dengan rahmah Allah untuk masuk ke syurga.
- Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Malah peluang untuk mendapatkan pengampunan Allah melalui taubat, memohon ampun atas dosa-dosa yang lalu, dan berusaha memperbaiki diri. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
- Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu atau menggoda. Peluang untuk lebih mudah menghindari dosa dan godaan. Tanpa gangguan syaitan, kita lebih mudah untuk meningkatkan ibadah dan menjaga diri dari perbuatan buruk.
- Ramadan adalah bulan penuh rahmat dan keberkatan. Dengan pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan dibelenggu, Ramadan adalah bulan terbaik untuk memperbaiki diri, meningkatkan ibadah, dan memperoleh pengampunan Allah. Manfaatkanlah kesempatan ini dengan beribadah lebih giat, memperbanyakkan doa dan amal soleh, serta bertaubat untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat Allah di bulan yang mulia ini.
Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk
menemui Ramadan yang akan menjelang. Ahlan Ya Ramadan.
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia
Negeri Johor, sila klik link di bawah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.