disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 28 Februari 2025

RAMADAN 1446H | Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 2 Mac

 

Kredit: Buletin TV3

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!, selamat datang bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan yang dikenali sebagai madrasah untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan lebih berjaya dari tahun-tahun sebelumnya. Ingatlah, kita bukannya sempurna. Lantaran itu, pengampunan daripada ALLAH SWT serta kemaafan daripada manusia amat diperlukan.


Pastikan segala apa yang kita lakukan termasuk pekerjaan harian kita menjadi ibadah dan insyaAllah kita dikurniakan ganjaran yang sangat besar dari Allah swt. Jangan kita abaikan peluang ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini. Ramadhan, satu-satunya bulan daripada 12 bulan dalam islam yang tercatat dalam AlQuran (ayat 185 dalam surah Al Baqarah). Dalam bulan ini juga terdapat satu malam iaitu malam lailatulqadar di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan.

Justeru itu tingkatkan usaha dengan beramal secara bersungguh, tekun dan ikhlas, menjaga adab sebagai orang berpuasa dan seterusnya menjadi insan yang istiqamah hasil tarbiah madrasah Ramadhan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan 1446H.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.