disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 3 Mac 2025

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1446H/2025M Sebanyak RM8.00 Seorang.


Apabila datangnya bulan Ramadhan semua umat Islam wajib menunaikan ibadah Zakat Fitrah mereka. Bermulanya waktu untuk mengeluarkan Zakat Fitrah ialah setelah masuknya 1 Ramadan sehingga waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya. 

Zakat Fitrah adalah tuntutan fardu ain terhadap setiap individu muslim yang berkemampuan. Orang ramai khususnya jemaah Masjid Mukim Padang Enggang @Masjid Al-Kauthar, boleh membuat pembayaran Zakat Fitrah di Masjid Mukim Padang Enggang. 

Kaunter bayaran Zakat Fitrah dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadhan termasuk hujung minggu dan cuti umum. Kadar minimum bayaran Zakat Fitrah adalah RM8.00 seorang mengikut harga beras yang dimakan.




Zakat Fitrah adalah ibadah yang menyempurnakan ibadah puasa dan seterusnya mencapai sifat taqwa. Kita semua digalakkan menunaikannya Zakat Fitrah lebih awal untuk mengelakkan risiko terlupa dan kesibukannya di saat akhir. Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan mematuhi segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. 

Semoga kita mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.