عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه
وسلم مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِى اللَّهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ
طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً
Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa menjenguk orang sakit, atau mengunjungi saudaranya seislam (kerana Allah), maka akan ada yang memanggilnya, bahawa engkau telah berbuat baik dan perjalananmu juga baik serta engkau telah menyiapkan suatu tempat tinggal di dalam Syurga.”
(HR Tirmidzi no.2008) Status: Hadis Sahih di
dalam Shahih At-Targhib wa At-Tarhib II/349 no.2578
Pengajaran:
- Antara tanggungjawab Muslim sesama Muslim ialah menziarahi saudaranya yang sakit kerana Allah.
- Orang yang menziarahi saudaranya sama ada yang sakit atau yang sihat, akan disediakan baginya tempat tinggal disyurga.
- Menziarahi saudara Muslim kita akan memberikan kegembiraan kepadanya. Ia adalah antara amal yang baik. Sabda Rasulullah SAW:
أفضل الأعمال أن تدخل على أخيك المؤمن سرورا
“Sebaik-baik amal adalah engkau membuatkan kegembiraan kepada saudaramu yang beriman”
(HR.Ibnu Abi Dunya dalam Shahih Jami’ush Shaghir
no. 1096) Status: Hadis Hasan
Ayuh ziarahi sahabat kita khususnya yang sakit.
04hb Mac 2025
3hb Ramadhan 1446H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia
Negeri Johor, sila klik link di bawah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.