Ramadan bulan diturunkan al-Quran seperti firman Allah SWT:
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى
لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ
ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ
أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ
وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ
تَشْكُرُونَ ١٨٥
yang bermaksud:
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan
Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa
dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu)
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur.
(Surah
al-Baqarah, ayat 185)
Sebagaimana bulan ramadhan tahun-tahun sebelum ini, Grup Ngaji Wanita Masjid Mukim Padang Enggang meneruskan aktiviti bertadarus untuk tahun ni 2025. Alhamdulillah bilangan jemaah yang mengikuti aktiviti tadarus meningkat daripada 10 kepada 14 orang.
Segala ibadah yang dilakukan di bulan Ramadhan ini akan diberikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT termasuk tadarus Al-Quran yang merupakan ibadah yang paling dianjurkan untuk diamalkan di bulan yang penuh keampunan ini.
Kebaikan membaca al-Quran secara bertadarus ialah dapat mengetahui kesalahan bacaan apabila ditegur dan dapat memperbaiki bacaan dari sudut makhraj, sifat-sifat huruf dan juga tajwid.
Disamping itu mereka juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakan qariah dalam Masjid Mukim Padang Enggang.
Mereka memulakan tadarus selepas solat subuh hingga 10.30pagi:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.