Bersempena bulan Syawal yang penuh keberkatan ini, pihak
Jawatankuasa Masjid Mukim Padang Enggang dengan rasa rendah hati ingin
menjemput semua muslimin dan muslimat yang berkelapangan untuk hadir ke Majlis
Hari Raya Masjid Mukim Padang Enggang seperti ketetapan berikut:
📅
Tarikh: 19 April 2025 (Sabtu) bersamaan 20 Syawal 1446H
⏰ Masa: Bermula Pada Jam11.00 pagi.
📍
Tempat: Dataran Masjid Mukim Padang Enggang.
👔 Pakaian : Baju Raya.
- Nasi Dagang
- Nasi Beriani dan Nasi Arab
- Kambing Bakar
- Laksa Siam
- Soto
- Lokcing
- Kuetiaw dan Mee Goreng
- Aneka Colek Buah
- Cendol Pulut Tapai
- Kopi Berazil dan TuakCino
- Aneka Air Sabil..
Untuk makluman semua, JK Masjid Mukim Padang Enggang memerlukan dana sebesar RM50,000 untuk membaiki ruang wuduk dan tandas . InsyaAllah sumbangan anda semua akan dapat mewujudkan tandas yang lebih ceria, selesa dan mesra pengguna.
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan semua pihak untuk berinfaq bagi membiayai kerja pembinaan tersebut.
Semoga Allah meredhai dan sentiasa melindungi tuan/puan sekeluarga berkat sumbangan yang diberikan bagi menyegerakan pembinaan ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.