disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 23 November 2011

Ayah Sin Pondok Pasir Tumboh (1923 - 2011)


Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar dilahirkan di Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah pada 1923M daripada keluarga ulama. Bapanya berasal dari Pattani, Thailand.
Menuntut ilmu di Darul Ulum Ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939. Seterusnya di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940, di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942, di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944, Pada tahun 1946, beliau menyambung pengajian dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir di Pondok Bunut Payong, Kota Bharu Kelantan sehingga tahun 1953.

Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh. Beliau mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama dua orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya dari 1987 sehingga sekarang (2011). Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995.

Pada 2007 telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1428H peringkat negeri Kelantan daripada Al sultan Kelantan. Pada 2010 beliau telah dianugerahkan gelaran Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan.

Tuan guru Hj Hashim telah kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.