disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 23 November 2011

Haji Saad Kangkong (1893 - 1943)


Iman Waktu perintis di Masjid Besar Kota Bharu. Guru kitab Arab paling muda di Halaqat Kitab Masjid Muhammadi. Rakan setugas Hj. Yaakub Legor dan Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati. Nama penuhnya ialah Hj. As'ad b. Hj. Daud, berasal dari Kg. Kangkong, Pasir Mas.

Beliau tidak jemu-jemu mengajar dan belajar, semenjak muda sehingga tua. Guru-guru utamanya termasuk Tok Kenali, Hj. Ahmad Hafiz, Mufti Hj. Wan Musa. Juga disebut-sebut pernah menuntut di Mekah selama tujuh tahun.

Apabila pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) memperkenalkan jawatan Imam Solat Waktu di Masjid Besar Kota Bharu (masjid muhammadi), beliau terpilih sebagai penyandang pertamanya - berkhidmat mulai 19 Jun 1927 hingga 31 Disember 1930, bergaji RM15 sebulan.

Sepanjang dasawarsa 1930-an, beliau bertugas sepenuh masa sebagai guru kitab Arab di Masjid Muhammadi, bergaji RM30 sebulan dan meningkat ke RM40 apabila bertukar ke Jami' Merbau al-Ismail (sejak awal 1941). Beliau telah melahirkan pelajar yang hebat yang banyak menyandang jawatan yang tinggi sekarang.

Sebagaimana rakan-rakan seperjuangannya, beliau turut dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1940.

Beliau ditakdirkan meninggal dunia secara mengejut di rumahnya sekitar jam 11.00 pagi 22 Jamadilakhir 1362 bersamaan 26 Jun 1943. Bakat beliau dalam kegiatan dakwah kini diwarisi oleh cucunya, Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor (pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.