disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 23 November 2011

Mufti Haji Wan Musa (1875 - 1939)


Ahli tasawuf berpendirian tegas. Bergiat sezaman dengan Tok Selehong. Nama penuhnya ialah Haji Wan Musa b. Hj. Abdul Samad. Bapanya , Haji Abdul Samad b. Mohd. Saleh al-Kalantani (lebih masyhur dengan gelaran Tuan Tabal) ialah penyebar perintis tarekat Ahmadiyah di rantau ini, juga tergolong ulama' pengarang yang banyak menulis kitab jawi - terpentingnya Minhat al-Qarib (1883).

Hj. Wan Musa adalah seorang rakan seperguruan Tok Kenali, terkenal dengan fikiran-fikiran yang berani tetapi kontroversi. Namun, beliau terpilih dan ditawarkan jawatan Mufti Kerajaan Kelantan selepas pengunduran Mufti Haji Wan Ishak pada awal 1909.

Sikapnya yang tegas serta pandangan-pandangannya yang condong kepada reformasi telah menyeret beliau ke kancah pertelagahan pendapat dengan tokoh-tokoh "Kaum Tua" seperti Hj Omar Sungai Keladi, dan Hj Ibrahim Tok Raja. Di luar Kelantan pula, beliau pernah berpolemik dengan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani - penulis Tazkiyat al-Anzar (1920) yang menghujah balas pendapat Hj. Wan Musa.

Antara persoalan kontroversi yang berbangkit sehubungan dengan pendapat beliau ialah isu membina masjid dengan harta zakat fitrah, hal muqaranah solat, talqin, kain telekung solat, talfiq mazhab, pemindahan harta wakaf/pusaka dan perbahasan jilatan anjing. Keyakinannya kepada pendapat-pendapat yang pernah diluahkannya serta pertelingkahannya yang lama dengan tokoh-tokoh "Kaum Tua" menyebabkan beliau melepaskan jawatan Mufti pada pertengahan 1916.

Mufti Hj. Wan Musa kembali ke alam baka pada 3 petang Sabtu 24 Zulkaedah 1357 bersamaan dengan 14 Januari 1939 dan dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu.

1 ulasan:

  1. salam..boleh ceritakan serba sedikit berkenaan sheikh Sidi azhari?

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.