disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 20 Julai 2024

Bekwoh Jabatan Radiologi.

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mengikut cerita orang tua-tua perkataan bekwoh dimelayukan dari perkataan bahasa inggeris iaitu ‘big work’, apabila dikelantankan ia menjadi bekwoh.

Bekwoh adalah kenduri. Kenduri kalau di kampung sangat meriah, memerlukan tenaga yang ramai untuk menjayakannya. Selalunya terpaksa menggunakan tenaga hampir keseluruhan orang kampong tersebut dan sanak saudara yang jauh.

Itulah apa yang dilakukan oleh staf jabatan radiologi. Mereka mengadakan majlis hari keluarga jabatan radiologi pada hari jumaat 19hb Julai 2024 di D'Heritage Resort Bachok Kelantan. 



Saya dan beberapa orang bekas kakitangan @pesara jabatan radiologi bersama famili telah dijemput ke majlis tersebut.

Pada majlis bekwoh jabatan radiologi, kami berpeluang dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang masih bertugas di jabatan radiologi dan kawan-kawan yang dah bersara. Selepas bersara, lama sangat dah kami tak jumpa... semua sibuk dengan urusan masing-masing, bila ada majlis sebegini baru la semua dapat jumpa. 

Ramai dari kalangan kami yang tak dapat hadhir disebabkan oleh pelbagai urusan, hanya mereka yang tinggal berdekatan sahaja yang dapat hadhir untuk turut serta memeriahkan majlis tersebut...

Berikut beberapa gambar kami pada majlis tersebut:
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.