السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ اَلْمَسْجِدُ بَيتُ كُلِّ تَقِيٍّ وَتَكَفَّلَ اللهُ لِمَن
كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى صِرَاطٍ
إِلَى رِضْوَانِ اللهِ إِلَى الْجَنَّةِ
Daripada Abi Darda, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Masjid itu rumah bagi orang-orang yang bertaqwa. Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan roh yang damai rahmat dari Allah melimpah-limpah dan melepasi titian sirat menuju reda Allah di dalam syurga”
(HR Tabrani No 6020) Status: Hadis Hasan
Imam
Tua dan beberapa jemaah bergambar
kenangan
bersama Ustaz Mokhtar Yaacob
seusai
menyampaikan kuliah subuh pagi tadi
Pengajaran:
- Masjid adalah rumah untuk orang yang bertaqwa.
- Usahakanlah Masjid sebagai rumah ke dua kita yang tetap kita "pulang" ketika masuk waktu solat fardhu.
- Masjid akan menjadi syafaat kepada pemakmurnya di hari kiamat sebagai kenderaan untuk melintas titian sirat menuju ke syurga.
- Jadikanlah kunjungan ke masjid sebagai bukti keimanan kita. Sabda Nabi SAW:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسَاجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ
بِالْإِيمَانِ
Daripada Abi Said al-Khudri daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Apabila kamu melihat seseorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid, maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman”
(HR Ibn Majah No
: 794)
Masjid Quba dan Masjid Madinah adalah bangunan pertama yang
Rasulullah dirikan dalam peristiwa hijrah sebagai asas pembinaan ummah. Ayuh
ajak ahli keluarga kita bersama untuk memakmurkan masjid. Semoga ia
menjadi syafaat untuk kita memasuki Syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.