Al-Fadhil Ustaz Hj.Ibrahim Deraman dalam kuliah maghrib di masjid Mukim Padang Enggang malam kelmarin juga menghuraikan secara terperinci tentang menziarahi orang sakit dan hak yang mesti ditunaikan oleh orang yang sihat. Sedikit huraian beliau dalam kuliah malam tu ambo kongsikan untuk manafaat kita semua.
Sihat dan sakit kita di atas dunia ini ialah satu ketentuan atau ujian dari Allah SWT dalam melengkapkan perjalanan hidup di muka bumi Allah ini. Perjalanan kehidupan manusia diatas muka bumi ini bagaikan roda yang sentiasa berputar. Andai kita dianugerahkan tubuh badan yang sihat bersyukurlah atas nikmat itu. Andai kita diuji dengan kesakitan, sabar dan redhalah atas ujian itu. InsyaAllah besar ganjaran dari Allah atas ujian itu. Jika ada saudara mara, sahabat atau jiran kita diuji dengan kesakitan, ambillah kesempatan ini dengan menziarahi mereka.
Pastikan perbetulkan dulu niat sebelum menziarahi seseorang kerana setiap amalan itu akan bermula dengan niat. Bila niat kita betul, insyaallah kita akan memperolehi ganjaran sepertimana yang dijanjikan oleh Allah SWT. Niatlah kerana Allah atau niatlah ingin mencontohi sifat Rasulullah dan para sahabat. Menziarahi seseorang itu kerana nawaitu kita untuk mendapat sanjungan atau pujian dari masyarakat tiada nilai langsung disisi Allah SWT.
Alhamdulillah..Abe Mie dimaklumkan oleh kak jah semakin pulih malah beliau kelihatan ceria dan gembira menerima kunjungan kami.
Syafakallah untuk Abe Mie, semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan yang cepat dan buat isterinya kak Jah kami juga doakan dipermudahkan segala urusan dan diberi kesejahteraan yang berpanjangan...Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.