disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 10 Jun 2019

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019

Pada bulan Syawal yang mulia ini, umat Islam masih dengan kehangatan menyambut Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Dalam keseronokan menyambut lebaran, pelbagai aktiviti telah disusun untuk memeriahkan sambutan seperti amalan kunjung mengunjung, mengadakan kenduri, rumah terbuka dan sebagainya.

Sebut pasal hari raya, setiap orang pasti ada menyimpan memori indah, suka dan duka ketika beraya, lebih-lebih lagi kenangan beraya di kampung sewaktu zaman kanak-kanak dulu, seronok bukan main…. rasanya beraya di kampung memang lain macam seronoknya, tak sama macam suasana beraya di bandar.

Amalan kunjung mengunjung di hari lebaran bukan suatu yang asing dalam masyarakat kita. Amalan ini amat dituntut dalam Islam, apatah lagi dalam bulan Syawal sempena sambutan hari raya ini. Aidilfitri memberi peluang dan ruang yang luas untuk kita mempraktikkan ajaran Islam melalui konsep berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama sanak saudara, rakan taulan dan seluruh ummah khususnya.

Berikut adalah gambar yang sempat kami rakam sepanjang kami beraya pada sambutan aidilfitri tahun ini: 





































Suasana Hari Raya bersama ayah & emak 


Semoga masih ada kesempatan lagi untuk beraya bersama pada tahun depan. InsyaAllah. Sekian dan wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.