disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 31 Ogos 2020

Majlis Perkahwinan Mohammad Nazrin ❤️ Nor Syahirah - 31 Ogos 2020.

Tanggal 31 Ogos 2020 bersamaan dengan 12 Muharam 1442, ambo dan isteri merupakan antara ratusan tetamu yang telah menghadiri majlis perkahwinan anakanda kepada En Zulkifli dan Puan Noraini. Majlis telah diadakan di kediaman mereka iaitu di Lorong Paksu Haji Deris, Kg. Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

Alhamdulillah, Perjalanan majlis nampaknya cukup teratur dan meriah walaupun masih dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) . Majlis yang diadakan berskala sederhana tapi para jemputan sudah dapat menyesuaikan dengan norma baharu, nampaknya mereka akur dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Makanan yang dihidangkan juga pelbagai dan enak rasanya. 

Kepada En Zulkifli dan Puan Noraini, tahniah diucapkan kerana telah selamat menerima menantu. Kepada kedua-dua pengantin, Mohammad Nazrin  Nor Syahirah, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh hidup baru... semoga Allah memberikan keberkahan buat kamu, serta Allah SWT mengumpulkan di antara kamu berdua dalam kebahagiaan.

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada En Zulkifli dan keluarga kerana kesudian mengundang kami ke majlis tersebut. Tahun ini mendapat menantu, harapnya tahun depan dapat pula menimang cucu....إِنْ شَاءَ اَللَّه ‎ 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.