Cara solat yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah
solat kita diterima oleh Allah. Belajar mengenai solat ini dari buku-buku
panduan solat semata-mata adalah tidak sempurna dan menepati kesempurnaan
ibadah dalam islam, melainkan belajar secara berguru atau atau dengan bimbingan
guru. Belajar dibawah bimbingan guru/ustaz yang menekankan pembelajaran secara
praktikal adalah lebih baik dan ibadat
solat dapat dilaksanakan dengan lebih yakin.
Justeru itu Jawatankuasa Masjid Mukim Padang Enggang telah
menganjurkan Bengkel Tahsin solat. Makna kata “Tahsin” itu sendiri dalam bahasa arab yang maknanya “memperbaiki,
memperindah, mempercantik. Seramai hamper 100 orang pelajar dalam mukim padang
enggang telah terlibat dalam program ini. Program ini diadakan pada 24 Januari
2020 – 26 januari 2020 di Masjid Mukim Padang Enggang. Program ini telah dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj
Abdul Halim Mat Isa yang merupakan Imam Tua Masjid Mukim Padang Enggang dan
Ustaz Shahiman (iman muda), dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Mukim
Padang Enggang.
Bengkel Tahsin Solat ini diadakan sebagai satu usaha dalam memperbaiki ibadah solat yang merupakan satu ibadat wajib yang perlu dijaga perlaksanaannya oleh umat Islam. Program ini juga memberi pendedahan kepada mereka mengenai cara menunaikan solat dengan betul. sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ianya secara tak langsung dapat memperbaiki segala kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh mereka dalam menunaikan solat.
Pada Majlis Penutup Program bengkel Tahsin Solat. Al
Fadhil Ustaz Haji Abdul Halim menekankan betapa perlunya semua ibubapa memberi kerjasama mendokong setiap program
anjuran masjid. Menurutnya, ini adalah satu usaha membentuk modal insan yang
cemerlang dalam kalangan anak Mukim Padang Enggang. Kepada merekalah barisan
pelapis yang kita harapkan akan memikul tanggungjawab mengimarah masjid pada masa depan.
Semoga program ini sebagai acara tahunan dan
dapat dilaksanakan pada setiap tahun. Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.