disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 6 Februari 2025

MAKLUMAN & HEBAHAN - Sistem Bancian e-Mukim.

 



Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah membuat sistem pendaftaran secara atas talian (Online) bagi bancian penduduk untuk setiap mukim dalam negeri Kelantan. QR Code ini juga ada ditampalkan di pintu masuk Masjid Mukim Padang Enggang.

Sistem Bancian e-Mukim telah dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak MAIK mengenalpasti semua penduduk yang bermastautin dan bermukim di negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses mengenalpasti status anak mukim.

Oleh itu, kepada Ketua Keluarga semua anak mukim dan yang bermastautin di bawah Mukim Padang Enggang diharap dapat mendaftar dengan menggunakan (scan) QR CODE seperti dibawah atau klik/tekan link berikut:


https://emukimbancian.e-maik.my


Selesai pendaftaran, mesej pemberitahuan akan dipaparkan bila proses pendaftaran anda Berjaya:



Diharap semua anak mukim memberikan kerjasama untuk mendaftar bagi memudahkan pihak MAIK membuat bancian ini.

Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.