disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 12 September 2022

Menziarahi Ahli Jemaah yang Uzur.

Selepas solat berjemaah isyak malam tadi, beberapa ahli Jemaah Masjid Mukim Padang Enggang menziarahi Haji Zakaria Ismail @ abe ya yang uzur. Abe Ya mantan Siak Masjid Mukim Padang Enggang sudah lama tak dapat berjemaah dimasjid. Beliau mengalami kesukaran bergerak selepas terkena angin ahmar beberapa tahun lalu. Sebuah Kerusi roda dan sedikit sumbangan kewangan disampaikan kepada beliau.

Amalan menziarahi orang sakit itu banyak hikmah dan kelebihannya, antaranya ia dapat mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam, melahirkan rasa kasih sayang dan sifat belas kasihan, sentiasa ingat kepada Allah SWT, mendatangkan keinsafan kepada diri kita untuk sentiasa ingat kepada kematian.  

Allah SWT menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang menziarahi orang yang sakit. Rasulullah SWT bersabda:

Daripada Ali Radiallahu Anhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SWT bersabda: Tiada seorang muslim itu melawat seorang muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu pagi dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan di dalam syurga.

Semoga dengan sumbangan itu sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan Abe Ya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.