Kain sejadah jatuh ke tanah,
Pemberian sahabat dari bumi Mekah.
Semua impikan keluarga sakinah,
Keluarga bahagia penuh barokah.
Senaman pagi dibulan puasa,
Rasa penat dan juga dahaga.
Tiada tempat yang paling selesa,
Selain rumah dengan keluarga.
Ke pasaraya beli buku,
Beli stokin dan juga sepatu.
Terima kasih semua ahli keluargaku,
Telah menemaniku sepanjang waktu.
Ke pasar tani untuk berniaga,
Tidak lupa memakai sepatu.
Jangan pernah lupakan keluarga,
Mereka selalu hadir setiap waktu.
Kredit video: CIK NIE KITCHEN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.