disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 30 Mac 2019

Foto: Sekitar Program Berjalan Kaki 5000 Langkah Kali Ke 2 (30 Mac 2019) - Masjid Mukim Padang Enggang.

Program berjalan 5000 langkah sepertimana yang dirancang oleh jawatankuasa masjid berjalan lancar, ianya mendapat sambutan yg menggalakkan daripada semua  ahli qariah Masjid Mukim Padang Enggang sepertimana program yang dianjurkan sebelum ini. Pada program kali ini, trek laluan diubah sedikit dan jarak perjalanan juga ditingkatkan sekitar 500 meter untuk yang memberi sedikit cabaran kepada para peserta. 

Program kali ini juga diselitkan dengan aktiviti belajar memanah untuk golongan dewasa. Pembelajaran asas sukan memanah ini dikendalikan oleh En Harun Hanafi yang juga ahli qariah di masjid ini.

Memanah merupakan sunnah dalam bersukan yang digalakkan oleh Rasulullah SAW yang mampu membina masyarakat sihat sejahtera. Memanah dapat membantu generasi muda membentuk emosi positif, membina konsentrasi diri, lebih sabar dan berdisiplin selain membantu mereka mengatasi rasa takut dan membentuk keyakinan diri. Para sahabat nabi juga memiliki kemahiran memanah menjadikan sukan ini yang sangat dituntut dalam Islam.

Program berjalan 5000 langkah ini bukan sahaja sebagai aktiviti riadah yang baik untuk kesihatan semata-mata malah tujuan utama adalah untuk mengujudkan suasana mesra antara golongan tua, remaja dan kanak-kanak. Apabila kita bersama-sama dengan mereka, kita lebih dapat menyelami keperluan mereka dan keistimewaan yang mereka miliki. Secara perlahan kita dapat menarik minat mereka untuk mendekati masjid untuk mengikuti program2 yang diadakan. Bila mereka sudah mendapat ilmu dan kefahaman yang benar mengenai agama, insyaAllah mereka akhirnya akan komited untuk mempraktikkan Islam dan usaha memakmurkan masjid penting dalam kehidupan mereka. 
Ini adalah sebahagian dari perancangan jawatankuasa masjid untuk memastikan hati anak-anak muda ini benar-benar terpaut pada institusi masjid. 

Jadikan mereka remaja kaki masjid, satu gelaran yang mulia di mata masyarakat suatu masa dahulu. Namun pada hari ini remaja Kaki Masjid dianggap sebagai ketinggalan zaman dan ramai dalam kalangan remaja enggan dikategorikan sedemikian. Sesungguhnya kepada merekalah kita harapkan sebagai pelapis yang bakal memakmurkan masjid suatu masa nanti, insyaallah. 

Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakam sekitar program hari ini:





















  

  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.