Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Masjid Mukim Padang
Enggang telah berlangsung dengan jayanya di dataran masjid pada 23 Syawal 1439H
bersamaan 7 Julai 2018M bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang.
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri diadakan pada setiap tahun semasa perayaan
Hari Raya Aidilfitri yang disambut bersama warga mukim padang enggang.
Pelbagai aktiviti sempena majlis tersebut diadakan
seperti termasuk program derma darah dan pemeriksaan kesihatan dari Hospital
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Berbagai jenis juadah pula disediakan
pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini antaranya seperti kambing
golek, roti tempayan, ketupat, rendang ayam, laksa/laksam, nasi briyani,
lontong, bubur lambuk, mee/bihun goreng, ais krim dan ais kacang danpelbagai
jenis minuman juga disediakan.
Kebanyakan daripada juadah-juadah yang disediakan
mendapat tajaan antaranya dari Mitra Food Industries Sdn Bhd, Red One Dato Azhar,
Era Tuah, YB Dato Ramli, Pok Teh Husin, Holiday Villa Hotel & Suites kota
Bharu, Mc Donald’s dan Cikgu Kassim (Nasi Ayam Kampung wakaf Che Yeh) manakala
sebahagian lagi dibawa oleh anak mukim padang enggang.
Suasana Majlis jamuan Hari Raya jadi lebih meriah
dengan celoteh deejay Cg Alawi yang selamba bukan saja dapat menghiburkan
pendengar malah turut menyalurkan maklumat terkini dari masa kesemasa.
Celotehnya yang kadang-kadang kelakar menjadikan suasana santai dan tidak
membosankan.
Seperti tahun-tahun sebelumnya majlis jamuan hari raya kali ini juga dihadhiri oleh YB Dato' Dr Ramli Bin Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Bunut Payong untuk sama-sama
memeriahkan sambutan hari raya dan menyampaikan hamper kepada pemenang-pemenang
bagi pertandingan memancing dan juga hadiah beberapa lagi kategori yang
dipertandingkan.
Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima
kasih dan penghargaan kepada Tuan Imam dan Ahli Jawatankuasanya yang telah
berjaya menganjurkan program yang begitu meriah sekali pada tahun ini.
En Kamaruddin |
Juga kepada petugas perubatan dari HUSM seramai 12 orang yang diketuai oleh En Kamaruddin Ismail yang sanggup datang menjalankan tugas dengan penuh komited pada setiap kali Masjid Mukim Padang Enggang mengadakan majlis sebegini.
Semoga Allah akan membalas kebaikan mereka semua yang telah menyumbang dari segi buah
fikiran, kewangan dan juga tenaga. Setiap apa yang mereka sumbangkan pastinya akan mendapat
ganjaran rezeki/pahala dari Allah SWT suatu hari nanti samada
didunia maupun diakhirat. جَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Sesungguhnya bersedekah dan memberi hadiah serta
menderma daripada harta dan wang yang lebih adalah sifat yang sangat mulia
dalam kalangan umat Islam. Lakukanlah dengan penuh tawaduk dan ikhlas bagi
mendapatkan balasan setimpal di akhirat nanti.
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam dan yang
saya ‘copy & paste’ dari grup whatsapp masjid Mukim Padang Enggang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.