disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 15 April 2021

Memberhentikan Kutipan Derma Tabung Pembelian Tanah Tapak Parkir Masjid Mukim Padang Enggang.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Berikut adalah penyata akaun terkini sehingga 14 April 2021 mengenai urusan pembelian tanah tapak parkir bagi qariah Masjid Mukim Padang Enggang.

      Wang yang diterima

RM85,933.00

      Perbelanjaan sebagaimana berikut:

1

Bayar kepada tuan tanah  

RM70,000.00

2

Bersih Tapak

 RM 3,780.00

3

Tambun tanah/ batu kasaran

 RM10,780.00

       Jumlah                         

  RM84,560.00

       Baki tunai.     

   RM 1,373.00


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tapak Parkir Masjid yang dipengerusikan Tok Ngulu Ya telah sebulat suara mengambil keputusan untuk memberhentikan sementara waktu kutipan derma dan akan diteruskan jika sekiranya ada keperluan untuk kerja menaiktaraf seperti menurap tar, memasang tapak gajah dan sebagainya sebelum ianya diserah untuk diwakafkan kepada Majlis Ugama Islam Kelantan (MAIK).
 

Saya bagi pihak JK Tapak Parkir Masjid Mukim Padang Enggang mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan tuan puan sekelian sehingga bayaran tanah tapak parkir masjid dapat dilunaskan dengan teratur dan lancar. 


بَارَكَ اللهُ لَكَ فِيْ أَهْلِكَ وَمَالِك

 Semoga Allah memberkahimu dalam keluarga dan hartamu.

 

Sekian Terima Kasih.

 

Cikgu Din
(Setiausaha)


Pautan: Cadangan Tapak parkir - Masjid Mukim Padang Enggang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.