السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Masjid Mukim Padang Enggang dibina pada tahun 1959. Masjid yang dibangunkan di kampung Wakaf Che Yeh pada masa itu hanya dapat menampung bilangan jemaah seramai 250 orang. Kampung Wakaf Che Yeh yang dulunya ketinggalan, membangun dengan pesat dan penduduk terus bertambah dari masa ke semasa. Penduduk yang semakin bertambah memerlukan tambahan ruang untuk solat. Justeru itu Masjid terus diperbesarkan seiring dengan perubahan masa. Kini pertambahan jemaah di Masjid Mukim Padang Enggang telah melebihi 1000 orang pada setiap kali solat jumaat. Sejak akhir-akhir ini terdengar banyak runggutan dari Jemaah tentang tempat parkir kereta.
KETIADAAN ruang tempat letak
kereta mencukupi kawasan Masjid Mukim Padang Enggang sudah berlarutan sejak
beberapa tahun yang lalu. Dari tahun ke setahun isu ini tiada penyelesaian,
malah semakin serius. Jumlah kenderaan jemaah semakin bertambah, tetapi jumlah
petak parkir masih sama. Setiap kali Jumaat, para Jemaah menghadapi masalah dengan tempat letak kereta, mereka meletak kereta di perkarangan masjid yang jumlahnya amat terhad. Mereka juga tiada pilihan melainkan terpaksa meletak kereta mereka di bahu-bahu jalan sehingga menimbulkan kesesakan dan halangan lalulintas sekitar laluan ke Masjid Mukim padang Enggang.
KETIADAAN ruang tempat letak kereta mencukupi kawasan Masjid Mukim Padang Enggang sudah berlarutan sejak beberapa tahun yang lalu. Dari tahun ke setahun isu ini tiada penyelesaian, malah semakin serius. Jumlah kenderaan jemaah semakin bertambah, tetapi jumlah petak parkir masih sama. Setiap kali Jumaat, para Jemaah menghadapi masalah dengan tempat letak kereta, mereka meletak kereta di perkarangan masjid yang jumlahnya amat terhad. Mereka juga tiada pilihan melainkan terpaksa meletak kereta mereka di bahu-bahu jalan sehingga menimbulkan kesesakan dan halangan lalulintas sekitar laluan ke Masjid Mukim padang Enggang.
Sebagai alternatif, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Penghulu Mukim Padang Enggang telah dibentuk untuk menangani masaalah tersebut. Jawatankuasa tersebut telah bersetuju untuk membeli separuh bahagian daripada sebidang tanah bernombor Lot 688 yang berkeluasan 730 depa iaitu bersamaan dengan 31798.8 kaki persegi. Lokasi tanah Lot 688 hanya bersebelahan dengan Lot 687 iaitu tapak bangunan masjid.
Antaranya ialah bersedekah jariah seperti derma kepada pembinaan masjid, mewakafkan tanah untuk tapak masjid/ perkuburan, derma pakaian atau makanan kepada rumah anak yatim dan niatkan segala pahala untuk kedua ibu bapa samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Pahala itu juga akan kita perolehi dan tidak dikurangkan walaupun sedikit.
- Pengerusi – Zakaria Salleh (013- 9845014)
- Bendahari – Hj Zahari Zakaria (012-9819027)
- Setiausaha – Zainuddin Yaacob (013-9800829)
Sedekah dan infaq lah ke jalan Allah…rezeki kita akan jadi berkat. Jika rezeki kita berkat, insyaAllah kita akan bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. Setiap kali kita infaq di jalan Allah, sebenarnya kita sedang melakukan segala kebaikan itu kepada diri kita sendiri, di akhirat nanti kita akan melihat himpunan pahala dari infaq yang telah kita lakukan di dunia.
Kerja pembersihan tapak yang melibatkan
kerja-kerja membuang tumbuh-tumbuhan liar
giat dilakukan dengan mengunakan jentolak.
|
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 268:
Syaitan itu menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji (bakhil, kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya.
Semakin hari kita semakin menjauh dari alam dunia untuk menuju alam akhirat. Kita di dunia hanya menunggu masa dan ketikanya dipanggil untuk menghadap Allah SWT. Betapa ruginya kita jika biarkan masa berlalu tanpa memikirkan hidup kita selepas mati. Sudah cukupkah bekalan atau amalan baik yang kita lakukan atau kita masih lagi terlena dalam buaian dunia yang akhirnya boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan.
Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 64:
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.”
Fikir-fikir dan renung-renungkanlah... والله أعلمُ بالـصـواب
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.