MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan (MAIK) setelah mendapat perkenan daripada Sultan Muhammad V dan Yang
Dipertuan bagi Negeri Kelantan membenarkan solat sunat Aidiladha diadakan di
semua masjid dan surau di seluruh negeri Kelantan.
Semua jemaah perlu mematuhi
prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan:
- Masjid dan surau hanya akan dibuka sejam sebelum waktu solat sunat Aidiladha dan ditutup selepas solat disempurnakan.
- Kehadiran individu yang datang bersolat perlu menggunakan aplikasi Kod QR atau borang daftar hadir atau direkodkan di dalam buku kehadiran.
- Jumlah jemaah adalah berdasarkan kapasiti sebenar selepas mengambil kira keperluan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter antara jemaah termasuk di anjung dan perkarangan masjid.
- Jemaah wanita dibenarkan hadir bersolat, keutamaan diberikan kepada jemaah lelaki sekiranya tempat bersolat di masjid tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha.
- Jemaah yang bergejala atau yang menghidap penyakit kronik dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.
- Bagi jemaah yang berumur 70 tahun ke atas juga dibenarkan dan mereka ditempatkan di tempat yang berasingan dari Jemaah lainnya.
- Semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka dan perlu membawa sejadah sendiri serta mengambil wuduk di rumah.
Bermula 1 Ogos 2020, kerajaan
menguatkuasakan pemakaian pelitup muka di tempat tumpuan awam yang sesak dan di
dalam pengangkutan awam. Arahan kerajaan mewajibkan pelitup muka di tempat awam
yang sesak dan ketika menggunakan pengangkutan awam adalah satu langkah yang
wajar, ketika banyak negara lain turut menguatkuasan pemakaian pelitup muka
apabila kes Covid 19 mula menunjukkan peningkatan.
KERAJAAN mewajibkan pemakaian pelitup muka semasa menggunakan pengangkutan awam dan ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum mulai 1 Ogos ini. Walaupun tidak selesa memakai pelitup muka, tapi ia dapat melindungi kita daripada dijangkiti. Amalkan juga penjarakan sosial serta jaga kebersihan diri dengan kerap dengan membasuh tangan
menggunakan air dan sabun atau pakai hand sanitizer ketika di luar. RM1,000 boleh
dikenakan terhadap individu yang didapati gagal mematuhi peraturan terbaharu
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.