السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Manusia secara umumnya mempunyai pilihan untuk berbuat kebaikan atau pun berbuat jahat. Mereka berhak mendapatkan pahala atas kebaikan dan juga hukuman atas kejahatan yang di lakukannya. Jika pahala itu kita boleh dilihat nilainya, sudah tentu ramai yang berlumba-lumba untuk membuat amalan yang baik. Terlalu banyak amalan kebaikan yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan pahala. Kebaikan ini tidaklah semestinya kena berdakwah melalui media sosial. Ramai yang beranggapan begitu. Nak buat pahala, tidaklah sesukar mana pun. Jika diikutkan, senang sangat nak dapat pahala iaitu hanya dengan membuat apa saja yang baik-baik dan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Amalan kebaikan ini mampu kita dilakukan dan tidaklah memerlukan keluar tenaga sampai kepenatan.
Memasak atau mengajar masakan kepada jiran pun dikira
perbuatan baik. Dengan menggunakan telefon android, Ciknie dibantu oleh anak
bongsunya Mohd Amirul untuk rakam video masakannya dan menyiarkan dalam media
sosial. Nawaitunya hanya untuk membantu golongan wanita khususnya mereka yang
ada minat dan yang baru berjinak dalam masakan. Amalan baik itu Ciknie
dilakukan sekadar kemampuannya untuk mendapat ganjaran pahala. Allah tidak akan
mensia-siakan segala amalan baik yang dilakukan sekiranya ikhlas. Mungkin
sahaja amalan baik ini yang kita nampak kecil, tetapi ianya mampu menjadi
penyebab untuk terpilih menjadi penghuni syurga kelak. Apabila kita berkongsi
ilmu atau ajar orang lain dan mereka menggunakannya, kita akan mendapat pahala
berterusan walaupun sudah meninggal dunia.
Jangan lupa video dari Cik Nie Kitchen seterusnya di youtube channel:
https://www.youtube.com/channel/UCC4Dq6XoLpNS248q6lJmYiw/videos
Cik Nie & Famili |
Kredit:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.