disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 28 Januari 2020

Borang Rayuan Untuk Menunaikan Fardhu Haji 1441H/2020M


Pada tahun ini, Tabung Haji (TH) melaksanakan penambahbaikan dengan memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang seragam bagi mempertingkatkan proses rayuan kepada jemaah yang ingin menunaikan ibadah itu pada musim haji 2020.



TH dalam satu kenyataan memaklumkan, borang tersebut memberi ruang kepada mana-mana individu untuk membuat rayuan dan sekiranya terpilih, mereka boleh membuat pilihan sama ada ingin membayar penuh kos iaitu RM22,900 atau mendapatkan bantuan subsidi dengan hanya bayaran RM9,980 bagi menunaikan haji secara muassasah.

Pendeposit yang ingin membuat rayuan haji boleh memuat turun borang rayuan haji dengan klik imej borang rayuan sepertimana dibawah:

 111

TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti: 
  1. Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  2. Kursus-kursus haji,
  3. Petugas haji kebajikan dan perubatan,
  4. Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
  5. Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia
  6. Ubat-ubatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.