السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْظَمُ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلَاةِ أَبْعَدُهُمْ فَأَبْعَدُهُمْ مَمْشًى وَالَّذِي يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْإِمَامِ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي يُصَلِّي ثُمَّ يَنَامُ
Daripada Abu Musa berkata, "Nabi SAW bersabda:
"Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat adalah mereka yang paling jauh (jarak rumahnya ke masjid), kerana paling jauh dalam perjalanannya menuju masjid. Dan orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat kemudian tidur."
(Sahih Bukhari No: 614)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam
solat di masjid:
- Orang yang paling jauh jarak rumahnya ke masjid
- Orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam (tidak solat sendirian)
Sumber: https://telegram.me/hadisharian_ikram
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.