Tuan Guru Haji Muhammad bin Ahmad al-Kalantani atau
lebih dikenali sebagai PakCu Hj Mat. Seorang ulamak dan ahli dalam ilmu tajwid.
Menanda Qiraat 7 dalam al-Qur'an kegunaannya. Lahir pada tahun 1889 di Kampung
Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu. Bapanya berasal dari Kelantan tetapi meninggal
di Mekah sewaktu beliau masih kecil. Manakala ibunya pula berasal dari Pattani.
Tuan Guru Haji Muhammad bin Ahmad
al-Kalantani mempelajari al-Qur'an, Ilmu Feqh, Nahw, ilmu usul dan lain-lain
dari Tuan Guru Haji Idris Pasir Kota, Kota Bharu. Seterusnya beliau meyambung
pengajian di Mekah selama 5 tahun. Kembali ke Kelantan dan membuka pondok di
Pintu Geng pada tahun 1920. Di pondok ini, beliau mengajar kitab-kitab dan juga
al-Qur'an. Beliau mengajar al-Qur'an selama 40 tahun dan juga pengarang : Muqaddimah al-Mubtadi fi Ilmi
al-Tajwid. Mempunyai murid yg ramai. Meninggal dirumahnya pada tahun 1967.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.