Dato Dr Haron Din bersama Ustaz Ishak Din dan Dato Abu Hassan Din. |
Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam. Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.
Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah
dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah
Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah
al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam
Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej
dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar,
Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya
memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada
Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau
kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian
Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D
Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).
Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah
bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu
pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat
“Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.
LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DALAM BIDANG PENGUBATAN ISLAM
Ayahanda Ustaz Haron Din berasal dari Patani dan
menetap di Kampung Bohor Mali Perlis. Dia merupakan seorang perawat yang
melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci
al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10 orang adik beradik, hanya Ustaz
Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan
ayahandanya sering membawanya ketika merawat.
Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika
merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung
melibatkan diri Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan walaupun umumya ketika
itu masih terlalu muda lagi. Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di
kampung juga di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda hormat, orang kampung
mengelarnya Lebai Din.
Ustaz Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya
merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman
melihat kejayaan ayahnya telah melahirkan keinginan beliau untuk mengikuti
jejak langkahnya. Setelah meningkat dewasa beliau memujuk ayahnya supaya
menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ketika itu umur beliau baru dalam lingkungan
belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Alawiyah. Walaupun beliau
sering rnengikut bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah
menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ayahnya berpesan agar beliau mendalami ilmu
agama terlebih dahulu. Belaiu hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada
akhir pengajlan sekolah menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan
sahaja.
Sebagai seorang murid, Ustaz Haron Din yakin tentang
dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah
mudah. Belaiu juga berkeyakinan bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan
dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar
daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan
dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau yang lain juga mahir dalam
bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara beliau sendiri iaitu Ustaz
Said bin Ali.
Keluarga Ustaz Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu
perubatan. Kunjung mengunjung antara keluarga di Perlis dan Patani terus
berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau
selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia memberi pendedahan
kepada beliau tentang ilmu perubatan.
Ketika belajar di Mesir, Ustaz Haron Din tertarik
dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hypnotism.
Setelah kembali ke tanah air beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat
dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan
kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal.
Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Ustaz
Haron Din juga mendalami ilmunya daripada 'alim ulama yang menggunakan kaedah
rawatan Islam. Di antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh Muhammad Idris
al-Marbawi seorang ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir. Pemergian Ustaz
Haron Din kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74)
telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr. al-Sheikh
Muhammad Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati.
Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Selain itu
beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang 'alim dan
sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.
Ketika di Mesir pada awal 70-an, Ustaz Haron Din sempat
berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar adalah perawat yang
menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah diguna oleh beliau untuk
menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh .
Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi
Kajang, Ustaz Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai
Pak Leh. Beliau mengaku sebagal seorang perawat yang terkenal di Langkawi.
Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada Ustaz Haron Din. Antaranya
ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit
kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama dengan Ustaz Haron Din
beberapa ketika.
Perlis tempat kelahiran Ustaz Haron Din sememangnya
mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang
perawat bemama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari
tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an. Ustaz Haron Din telah
berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada
beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir
Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah
mengajar Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.
Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Ustaz Haron
Din alah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak
Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti
besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya. Ilmu yang diamalkan oleh Tuk
Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh
Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.
Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini
mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi
keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang
berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas
maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang
perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam
merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di
samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah
yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja
akan diamalkan.
RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah
al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya
(1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar
(1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo
(1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah
(1972-1974)
Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank
Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public
Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial
Consulting.
Sumber: http://www.darussyifa.org/biodata.php
----------------------------------------******-------------------------------------
Sumber: http://www.darussyifa.org/biodata.php
----------------------------------------******-------------------------------------
Qariah Masjid Mukim Padang Enggang menerima kunjungan Tuan Guru Dato Dr Haron Din pada April 2013. Pak Su dan Hj Zakaria (Telekom) sebagai orang lama telah diamanahkan oleh AJK Masjid menyambut ketibaan beliau. Tuan Guru Dato Dr Haron Din seterusnya menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat jumaat. Selepas solat jumaat TG dikerumuni jemaah masjid untuk bersalam dan ada yang berpelukan, kanak2 pula berbaris untuk cium tangan. Semuanya mengucap syukur dan bangga atas kunjungan ulamak terkenal ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.