Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh,
Sabda Nabi SAW yang bermaksud,
“Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka
Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kerja-kerja baikpulih bangunan utama Masjid Mukim
Padang Enggang akan melibatkan:
1. Menukar lantai kayu pada ruang utama masjid kepada konkrit. Ruangan lantai tersebut berkeluasan 2100 kaki persegi. Di tapak yang berukuran 42’ X 50’ inilah bermulanya sejarah pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang 56 tahun yang lalu.
2. Menguatkan struktur bangunan utama masjid dengan
menggantikan semua tiang kayu dan rasuk (timber beam) dengan tiang dan rasuk konkrit (concrete beam) dengan mengambil kira cadangan untuk membesarkan lagi
binaan masjid pada masa akan datang.
3. Membuat sistem pendawaian letrik yang baru meggantikan
yang sedia ada.
4. Mengecat semula dinding masjid yang terlibat dengan kerja baikpulih.
Sumbangan Tuan-puan dan para
dermawan samaada dalam bentok kewangan atau bahan binaan seperti pasir, simen, batu bata, besi, cat dan lain-lain amat diperlukan untuk menyiapkan kerja baikpulih tersebut. Sumbangan kewangan boleh
disalurkan terus ke akaun: AJK MASJID MUKIM PADANG ENGGANG – NO AKAUN MAYBANK:
553104307197. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cikgu Fauzi Deris
(Bendahari) No H/P: 011- 10620190
Semoga setiap ringgit yang yang Tuan-puan infaqkan menjadi amal jariah yang berterusan buat diri sendiri juga kedua-dua ibubapa.. terima kasih. Kerja konkrit lantai pada ruang solat utama masjid pada 18 Feb 2016. |
Jadikanlah masjid sebagai tempat tumpuan utama dalam semua aktiviti kemasyarakatan kita. Kembalikan peranan masjid dalam usaha mentarbiah manusia, melahirkan tokoh, membaiki kerosakan masyarakat, memerangi kemungkaran dan membina masyarakat atas asas taqwa dan keredhaan Allah. Manusia memerlukan bimbingan agama agar kehidupan dunia dapat dilalui atas landasan yang benar sepertimana dikehendaki oleh Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.