disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 25 Julai 2019

Tahniah Kerana Dijemput Menjadi Tetamu Allah







Menjadi Tetamu Allah adalah urusan Allah. Jangan kita menyangka bila kita sudah membuat pendaftaran untuk pergi haji dan punyai wang yang cukup serta lengkap segala dokumen yang diperlukan, kita dengan mudah akan dapat menjadi Tetamu Allah. Sebenarnya Jika Allah tidak izin, akan timbul pelbagai halangan untuk kita ke sana…mungkin masaalah visa, kesihatan atau macam-macam lagi.

Mengerjakan ibadah haji adalah rukun kelima dalam Islam yang diletakkan selepas syahadah, solat, zakat dan puasa. Sebenarnya, ibadah haji adalah kemuncak kepada semua ibadah lain bagi menentukan sejauh manakah ketaatan kita sebagai seorang hamba.

  

Tahniah Kepada En Zulkifli Othman dan Puan Normah Abdul Malek serta beberapa orang ahli keluarga mereka yang telah terpilih menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Mereka adalah Tetamu Allah SWT yang telah dijemput oleh Allah SWT.

Kami dan semua keluarga mendoakan semoga En Zul dan Kak Ma serta rombongan dikurniakan haji yang mabrur, dipermudahkan segala urusan dan diberi keselamatan dalam perjalanan pergi dan balek.….. Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.