disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 29 Disember 2019

Kuliah Bab Faraidh (Ilmu Pusaka) Oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Azzam Bin Ghazali.


Tajuk Kuliah: Bab Faraidh - Ilmu Pusaka Dalam Kitab Sullaamul Mubtadiy.

Tempat: Masjid Mukim Padang Enggang.

Pada: Setiap Ahad mlm Isnin.

Masa: Kuliah Maghrib.

Pengkuliah: Al-Fadhil Ustaz Muhammad Azzam Bin  Ghazali.


Membicarakan tentang pewarisan harta pusaka adalah sesuatu hal yang sensitif dan seringkali diselubungi emosi seperti sedih, marah, gembira, malah situasi ini boleh menyebabkan wujudnya perasaan benci dan dendam. Sebenarnya ia boleh diuruskan secara rasional dan dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan faham bagi kedua-dua pihak, sekiranya masing-masing berniat ikhlas.

Dalam pembahagian harta pusaka secara faraidh, apa yang penting adalah sifat berlapang dada dan sikap terbuka dalam kalangan ahli waris yang terlibat supaya pembahagian dapat dijalankan dengan mudah, lancar dan saksama tanpa sebarang masalah atau pertikaian.

Ilmu Faraidh adalah satu mekanisma pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli waris-warisnya menurut hukum Islam.

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). 

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraidh ialah:
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Wang tunai (dilaburkan ataupun tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau dll.
Jemput ahli jemaah semua ambil bahagian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.