HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin
Abdul Karim Amrullah dilahirkan di Nagari Sungai Batang, Maninjau, Sumatera
Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin
Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah
(tajdid) di Minangkabau dan ibunya bernama Syafiyah. Jolokan Buya atau Ayah
diperolehi ketika hayatnya, iaitu panggilan penghormatan masyarakat Minangkabau
yang berasal daripada bahasa Arab. Sebagai anak kepada pejuang Islam, HAMKA
lebih berketrampilan dan terkenal sebagai pendakwah Islam yang berkarisma
tinggi sehinggakan pidatonya sering mendapat perhatian.
Hamka merupakan seorang ulama, aktivis politik
dan penulis Indonesia yang terkenal di Alam Melayu termasuk Malaysia dan
Singapura. Penulisannya mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk
falsafah, kesusasteraan, agama, tafsir, biografi, sejarah, sosiologi dan
politik sama ada Islam atau Barat. Pengarang Tafsir Al-Azhar yang juga ulamak
Nusantara tersohor.
Pesanan Almarhum Bapak Hamka:
*️⃣Jika Subuhnya sentiasa dipelihara.... Itu tanda akan
Selamat dari neraka.
*️⃣Jika Subuhnya tiada dia tinggal..... Allah melindunginya
dari segala arah.
*️⃣Jika Subuhnya didahului dengan Sunat.... Pasti seluruh
dunia beserta isinya, dia dapat.
*️⃣Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju Musholla..... Di
kegelapan akhirat ia dapatkan cahaya.
*️⃣Jika Subuh hingga awal Dhuha (Isyroq) berwirid
pula...... Mendapat pahala Umrah dan Haji sempurna.
*️⃣Jika Subuhnya tiada dijaga.... Maka pada wajahnya tiada
cahaya.
*️⃣Jika Subuhnya sengaja terlupa..... Tanda Imannya tiada
bernyawa....
*️⃣Jika Subuhnya terasa berat..... Tanda munafiq sudah
mendekat....
*️⃣Jika Subuh tiada peduli.... Tanda Iman menghampiri
mati....
*️⃣Jika Subuhnya tiada berjama’ah....Tanda hidupnya akan
hilang barokah.
*️⃣Jika Subuhnya tiada ke Masjid..... Tanda imannya ada
penyakit.
*️⃣Jika Subuhnya selalu terlewat.... Tanda imannya semakin
cacat....
*️⃣Jika Subuhnya diakhir waktu..... Tanda iman semakin
kelabu....
*️⃣Jika Subuhnya hari sudah siang..... Tanda rezekinya
sudah hilang...
*️⃣Jika di waktu subuh masih mendengkur..... Tanda syaitan
memeluknya dalam tidur.
- والله اعلم -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.