disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 27 Disember 2019

Tazkirah Pagi.

Jemaah tabligh dari Surau Mutiara Damansara 
yang 'Khuruj Fi Sabilillah' ke Kelantan.

Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w, "Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda : “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.

(HR Al Bukhari & Muslim)



Huraian Hadis:
  1. Orang Islam hendaklah sentiasa memberi sedekah kepada orang yang memerlukan bantuan kerana ia adalah di antara amalan yang terpuji dalam Islam. Digalakkan memberi jamuan dalam bantuan sedekah, menghormati tetamu. Bersedekah tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.
  2. Islam menyuruh umatnya supaya memberi salam kepada orang yang ditemui sama ada dikenali ataupun tidak dikenali. Amalan yang merupakan Kemulian di sisi Allah ialah dengan memberi salam apabila bertemu di antara dua orang islam.  Memberi salam sesama Islam merupakan  sebab timbulnya kasih sayang dan dapat menambahkan kesempurnaan iman yang akhirnya melayakkan kita masuk ke dalam syurga Allah SWT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.