disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 17 Disember 2021

Makluman Penutupan Laluan Jambatan Kampung Air Deras, Wakaf Che Yeh.

Makluman kepada semua pengguna Jambatan Kampung Air Deras!!

Jambatan Kampung Air Deras yang dibina secara gotong oleh penduduk kampung lebih dua puluh tahun lalu yang merentangi peparitan (laluan air ke Sungai Ijok) hampir runtuh berikutan hakisan pada tebing berpunca daripada air yang mengalir deras akibat hujan lebat sejak dua hari lepas. Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi tadi, jumaat 17/12/2021.

Bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak di ingini, jambatan tersebut akan ditutup buat sementara waktu bagi kenderaan.

Kepada semua penduduk kampung Air Deras dan kawasan berdekatan untuk sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Foto lawatan ADUN Bunut Payung,YB Dato’ Dr Ramli Mamat yang bertindak pantas mengadakan tinjauan ke lokasi petang tadi @3.00ptg:






Terima kasih Cg Kamaruzaman 
atas perkongsian info terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.