disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 15 Mac 2023

Gotong -royong Masjid Mukim Padang Enggang Sempena Menyambut Ramadhan 1444H.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aktiviti gotong royong membersihkan Masjid Mukim Padang Enggang akan diadakan pada pagi hari jumaat, 17 Mac 2023, bermula jam 9 pagi.

Sehubungan dengan itu, semua ahli qariah yang berkelapangan dijemput hadhir untuk sama-sama menyertai aktiviti ini. Sila bawa peralatan gotong-royong seperti kain lap @kain buruk, plastik sampah hitam, pencakar sampah, raga sampah, pengaut longkang, baldi dan penyodok jika ada.


Gotong-royong ini adalah aktiviti tahunan kami dan ia adalah antara pendekatan diambil semua ahli kariah untuk memastikan pekarangan masjid sentiasa dalam keadaan bersih serta selesa bagi menjalankan pelbagai aktiviti menjelang Ramadan.

Masjid yang bersih memberi keselesaan dan kesempurnaan untuk kita beribadat lebih-lebih lagi bulan Ramadhan bakal tiba. Pada bulan tersebut, lebih banyak masa para jemaah berada di masjid terutamanya pada waktu-waktu solat Maghrib, solat Isyak, solat Tarawikh, bertadarus al-Quran, Qiamulail dan solat Subuh.

Mudah-mudahan kehadiran bulan Ramadan yang penuh mulia ini akan memberi keberkatan dan rahmat kepada kita semua.

Sekian terima kasih.


Azli,
Ahli Qariah Masjid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.