السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, Allah SWT masih berikan peluang untuk kita
menemui Ramadhan pada tahun ini. Moga Allah terus kurniakan kita supaya sihat, cergas dan
penuhi kehidupan kita yang masih berbaki ini dengan amal ibadah.
InsyaAllah, sebagaimana yang telah dimaklumkan, Program Iftar Ramadhan 1444H akan bermula pada 2 Ramadhan hingga 28 Ramadhan.
- AJK akan edarkan kupon ke 30 rumah setiap pagi untuk penerima pada hari berkenaan.
- Mohon sangat kerjasama Penerima untuk SERAHKAN kembali kupon tersebut kepada petugas semasa mengambil pek makanan.
- 1 pek makanan untuk 4 orang makan.
- Waktu pengambilan makanan ialah dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang di masjid.
- Penerima mesti mengambil pek makanan pada hari yang ditetapkan. TIDAK DIBENARKAN menukar hari.
- Menu utama yang dipersetujui ialah Nasi Arab.
- Biro Kebajikan Dan Hal Ehwal Mukim juga InsyaAllah akan menyediakan minuman sejuk pada setiap petang.
Pihak JK Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja program ini, semoga amal sedekah tuan puan diberkati Allah SWT.
|
Satu pek makanan |
Sekian untuk makluman, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.