disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 1 April 2023

Menziarahi Warga Emas Dan Rakan Jemaah Yang Uzur.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kehadhrat Allah SWT yang sangat pemurah kepada hambaNya dengan membuka kesempatan bagi kami warga mukim padang enggang menuai pahala di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. 

Pada hari ini, 10 Ramadhan 1444H,  JK Masjid Mukim Padang Enggang dan beberapa rakan jemaah telah mengadakan aktiviti ziarah warga emas dan rakan jemaah yang uzur. Program yang bermula selepas solat asar, sempat menziarahi 5 pesakit di sekitar Masjid Mukim Padang Enggang untuk bertanyakan khabar dan menyampaikan bantuan berupa wang tunai dan sedikit barangan dapur. Beberapa orang lagi jemaah yang uzur telah disenaraikan, akan kami kunjungi dalam masa terdekat… InsyaAllah. 

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam petang tadi:






Terima kasih kepada JK Masjid Mukim Padang Enggang dan rakan-rakan jemaah yang telah menyertai aktiviti ziarah dan tak lupa kepada mereka yang turut memberi sumbangan kewangan, tenaga dan buah fikiran.

Semoga semua sumbangan kita diterima sebagai amal soleh dan diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.