disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 19 Julai 2023

DOA NABI YUSUF.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nabi Yusuf as juga merupakan salah satu dari Nabi Allah yang dituliskan kisahnya dalam Al Quran. Baginda adalah salah satu dari 25 nabi dan rasul yang wajib kita ketahui. Nabi Yusuf as adalah anak ketujuh daripada dua belas anak Nabi Yaakub as. Ibunya bernama Rahiel. Ibunya wafat saat Yusuf berusia dua belas tahun. Baginda dikurniakan Allah dengan rupa paras tampan dan tubuh yang tegap.

Surah Yusuf merupakan surah yang kedua belas di dalam Al-Quran. Ia mempunyai 111 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyah. Surah Yusuf  adalah sebuah penceritaan yang sarat dengan pengajarannya. Intisari kandungan surah ini yang utama adalah menerangkan kebenaran Al-Quran dan penegasan Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab untuk dibaca, difahami, diamalkan perintah-perintahnya, dan seterusnya disampaikan kepada seluruh umat Islam.  

Doa yang dipanjatkan oleh Nabi Yusuf as adalah untuk melahirkan rasa tawaduk dan pengabdikan diri kepada Allah SWT dan mengakui bahawa Allah SWT sajalah yang layak disembah dan tempat memohon segala pertolongan. Doa tersebut sebagaimana dalam Surah Yusuf ayat 101: 

فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ 

تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhan, Pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang-orang soleh. 

(Surah Yusuf ayat 101)


Nabi Yaakub a.s wafat ketika berusia 147 tahun di Mesir. Sebelum wafat beliau menyerahkan tugasnya kepada puteranya Nabi Yusuf as. Nabi Yusuf as mewarisi peranan ayahnya sebagai pembesar mesir. Beliau tinggal di Mesir dan dikurniakan zuriat keturunan yang ramai. Inilah asal permulaan bangsa Israil dan tersebar luas di negeri Mesir. 

Nabi Yusuf as diketahui wafat pada usia 120 tahun. 


Doa Nabi Yusuf AS ~ Tadabbur Surah Yusuf ayat 101 Link: https://youtu.be/U5ylDzmeDQs




Here is your text that has to blink.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.