Alhamdulillah kita dah beberapa hari berada dalan bulan Syaaban. Tak sampai pun sebulan lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Bulan Ramadan menjadi bulan yang mulia dan penuh keberkatan kerana Allah SWT telah memilih beberapa peristiwa besar berlaku pada bulan ini. Ketibaan bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh jutaan umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Bulan yang penuh dengan pengampunan dan dilipatkali gandakan pahala amalan menyebabkan seluruh umat islam bergembira dengan ketibaan bulan yang mulia ini.
Melihat anak bulan merupakan salah satu kaedah untuk memastikan tarikh permulaan puasa dan atau hari raya untuk umat Islam di negara ini. Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara dijadikan tempat untuk melihat anak bulan:
- Pontian Kecil (Johor)
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka)
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)
- Bukit Melawati (Kuala Selangor)
- Bukit Jugra, Banting (Kuala Langat)
- Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam
- Pantai Pasir Panjang, mukim Pengkalan Baru, daerah Manjung (Perak)
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
- Pemandangan Indah (Pulau Langkawi)
- Menara Alor Setar, Alor Setar (Kedah)
- Bukit Besar (Kuala Terengganu)
- Bukit Geliga (Kemaman)
- Pulau Perhentian, Besut
- Balai Cerap KUSZA (Mukim Merang, Setiu, Terengganu)
- Bukit Peraksi (Pasir Puteh)
- Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram (Kuala Krai)
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.
- Esplanade Luak, (Miri)
- Teluk Bandung (Kuching)
- Tanjung Batu (Bintulu)
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
- Bukit Tanjung Batu (Nenasi)
- Gunung Berincang (Cameron Highlands)
- Bukit Pelindung, Kuantan
- Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
- Menara Kuala Lumpur
- Pusat Konvensyen Antarabangsa
- Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Anak bulan boleh dilihat pada hari rukyah yang ditetapkan setiap 29 hari bulan hijrah pada waktu matahari belum terbenam. InsyaAllah 29 Syaaban nanti, kita akan sama-sama akan dapat mengikuti perisytiharan tarikh bermula ibadah puasa bulan Ramadan bagi tahun 1445H.
Mengikut prosedur, kesemua 29 tempat cerapan akan mencerap anak bulan Ramadhan 1445H di lokasi masing-masing bermula pada waktu Maghrib sehingga anak bulan terbenam.
Foto bersama petugas di lokasi cerapan anak bulan Ramadhan |
Selepas cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi itu selesai, setiap lokasi akan melaporkan laporan kenampakkan anak bulan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Apabila telah menerima semua laporan daripada 29 lokasi, barulah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengumumkan tarikh awal Ramadhan 1445H bagi negara Malaysia. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh awal ramadhan melalui radio dan televisyen.
Bilangan Hari Menuju Tarikh Mula Berpuasa (01 Ramadhan 1445H)
Pada 11hb Mac 2024 bila dah masuk waktu Maghrib @07:24ptg, bermulalah
bulan RAMADHAN. Pada malam itu bila dah selesai saja solat fardhu isyak kita dah boleh lakukan solat sunat terawih.
Ibadah PUASA bermula bila masuknya waktu subuh @06:12pagi iaitu pada 12hb Mac 2024.
Waktu imsak@06:02pagi iaitu sepuluh minit sebelum masuk waktu subuh kita disunatkan untuk berhenti makan dan waktu untuk kita berjaga-jaga kerana ianya menandakan waktu subuh hampir tiba.
Waktu imsak boleh diibaratkan seperti lampu isyarat berwarna kuning di mana kita perlu bersedia untuk memberhentikan kenderaan.
Sepanjang hari berpuasa, waktu atau saat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam adalah waktu berbuka puasa. Laungan azan Maghrib @07:24petang menandakan waktu berbuka bagi setiap orang Islam yang menjalankan ibadah puasa.
Semoga Ramadhan kali ini 1445H menjadi lebih bermakna dengan mengisi acara ibadat siang dan malamnya. Kemuncak Ramadhan adalah 10 hari terakhirnya iaitu mencari malam Lailatul Qadr dan di waktu yang sama kita cuba khatamkan al-Quran yang akan menjadi teman kita di waktu hidup dan pemberi syafaat di hari akhirat. InsyaAllah.
Bacaan Al-Quranul Karim (Lengkap 114 surah) oleh Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz..⇩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.