disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 12 Mac 2024

KHATAM 30 JUZUK RAMADHAN

Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, marilah bersama-sama kita menjadikan Ramadhan tahun ini sebagai bulan untuk mengulang kaji al-Quran dengan membaca dan bonus jika membuat sedikit lagi usaha untuk memahami maksudnya.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam masa sebulan dalam bulan Ramadhan

1.    Tetapkan sasaran untuk menyelesaikan bacaan 1 Juzuk setiap hari dan dilakukan secara berterusan dalam tempoh 30 hari.

2.    Baca Al-Quran dalam 4 hingga 5 muka surat sebelum dan sesudah solat fardhu . Al-Quran mengandungi 604 muka surat, jika dibahagikan kepada 30 hari, ini bermakna anda hanya perlu membaca 20 helai muka surat setiap hari.

3.    Luangkan masa lapang anda untuk membaca Al-quran. Contohnya ketika waktu rehat tengahari, ada boleh ambil sedikit masa untuk 'menambah' helaian bacaan anda.

4.    Pastikan anda mencatat helaian muka surat yang sudah dibaca.

 Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita dapat mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.